PERBINCANGAN 4
Dalam mengenalpasti strategi mengurus bilik
pembelajaran yang berkesan, kajian telah menjelaskan bahawa majoriti
pelajar menerima strategi guru mereka di dalam kelas. Untuk melihat
keberkesanannya ialah dengan melihat prestasi akademik pelajar di dalam kelas.
Jika guru berjaya mengatur, mengurus dan mengelolakan strategi dalam bilik
pembelajaran sudah pasti para pelajarnya boleh berjaya. Hal ini demikian,
kerana semua kemudahan dan kelengkapan sudah disediakan dan diberi kepada
pelajar. Guru yang berkemahiran dalam pembelajaran dan pengajaran yang
merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan dalam pembelajaran dan pengajaran
dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Maka, pelajar hanya perlu
belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan
mempunyai ciri-ciri seperti guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan
berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang
kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta
bertimbang rasa; dan pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.
Sebagai maklumat tambahan, pendapat ahli kumpulan kami telah dibuat menggunakan kaedah analisis
SWOT yang merupakan satu langkah untuk melihat kekuatan (Strength), kelemahan (Weakness),
peluang (Opportunity) dan ancaman (Threat) yang timbul sepanjang kami
menyiapkan kajian ini.
Bagi kekuatan, kami dapat menjalinkan hubungan yang positif
dengan pihak sekolah serta mendapat pengalaman dan pengetahuan yang baru. Kelemahan
yang kami hadapi ialah ketidakfahaman muncul apabila berbincang atas talian
kerana tidak dapat berbincang secara bersemuka dan kurang berinteraksi kerana
terdapat masalah capaian internet. Seterusnya, peluang yang kami peroleh ialah
subjek kursus ini telah memberi pendedahan awal pengurusan projek yang melibatkan
pihak luar serta kami dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan antara satu
sama lain sepanjang menyiapkan blog ini. Ancaman yang kami tempuhi ialah
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan aktiviti kami terbatas dan
hanya berhubung atas talian.
Rujukan
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah
Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal
Pendidikan, 31, 3-19, http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749
Halpin, A.W. & Croft
D.B. (1963). The organizational climate of school. Chicago: Midwest Administration
Center, University of Chicago.
No comments:
Post a Comment