https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipBELNLqXDtj2iI-L13pVzZG4BeXs1xcDy3PJBchcr2ELZWc0fk_BP0s55Of7H88vQaEGr_2BGQKUDn0869PoiDoN38O_WB7eJYedgpwFX8c5IB7HSFXIYOzB3yWsKs8XmaOnOChsdgpjk/s1600/6b75adc445d5fdf83fb04227795b10a9ec586af8-800x416.jpg
Untuk menganalisis keberkesanan strategi
guru mengurus bilik pembelajaran dengan kepuasan dan keinginan pelajar kami
telah membuat soal selidik terhadap 30 orang pelajar. Soal selidik ini adalah
untuk melihat tahap persetujuan pelajar terhadap strategi yang dilakukan untuk
memantapkan pengurusan bilik pembelajaran di sekolah. Soal selidik ini dibuat
berfokus kepada iklim bilik pembelajaran iaitu ciri fizikal, ciri emosi dan ciri
sosial. Berdasarkan kajian tersebut, mojoriti pelajar menjawab “Ya” yang
bermaksud setuju dengan pernyataan yang diberi. Ini menunjukkan pelajar
menerima cara pengurusan bilik pembelajaran yang dilakukan oleh guru mereka.
Berikut menunjukkan jumlah keputusan borang soal selidik pelajar.
NO.
|
SOALAN
|
BILANGAN
PELAJAR
|
JAWAPAN
|
YA
|
TIDAK
|
||
1
|
Adakah anda suka susunan meja di bilik darjah.
|
25
|
5
|
2
|
Adakah anda dapat menumpukan perhatian semasa guru
mengajar menggunakan alat bantu mengajar, seperti slide dan video.
|
27
|
3
|
3
|
Adakah guru anda pernah memberi pujian/hadiah kepada
anda.
|
30
|
0
|
4
|
Adakah suara guru jelas pada waktu pengajaran dan
pembelajaran.
|
30
|
0
|
5
|
Adakah anda pernah bertanya/menjawab soalan di dalam
kelas.
|
23
|
7
|
6
|
Adakah anda suka belajar secara berkumpulan.
|
16
|
14
|
Berdasarkan kajian soal selidik di atas, pelajar setuju dengan strategi
pengurusan pembelajaran yang berorientasikan ciri fizikal, ciri emosi dan ciri
sosial. Soalan yang berkaitan susunan meja dan alat bantu mengajar merupakan
dari aspek fizikal. Ciri emosi pula soalan berkaitan pujian/hadiah dan suara
guru. Bagi ciri sosial, soalannya berkaitan pelajar bertanya/menjawab dan
belajar secara berkumpulan.
Dari segi susunan meja, seramai 25 pelajar setuju dan 5 pelajar tidak
setuju dengan susunan meja pada abad ke-21. Susunan meja ini merupakan salah
satu aspek fizikal yang perlu diambil berat oleh guru supaya pelajar dapat
belajar dengan selesa. Seterusnya, bagi alat bahan bantu mengajar (ABM) pula
majoriti pelajar setuju dan 3 pelajar tidak setuju. Hal ini bermaksud
kebanyakan pelajar boleh menumpukan perhatian dan mendapat manfaat daripada ABM
dan terdapat pelajar yang memerlukan pendekatan yang lebih daripada guru mereka
di dalam kelas.
Merujuk ciri emosi yang berkaitan memberi pujian/hadiah merupakan salah
satu cara guru untuk menarik minat pelajar belajar di dalam kelas. Jumlah
pelajar setuju adalah semua kerana ini merupakan cara yang paling mudah untuk
dilakukan oleh guru. Selain itu, suara guru yang jelas juga dipersetujui oleh
semua pelajar dalam kajian ini. Suara guru sudah pastinya jelas semasa di dalam
kelas apabila semua pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya. Guru mempunyai
strategi menggunakan intonasi yang betul supaya kedengaran menarik dan dapat
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar setuju dengan ciri sosial yang berkaitan bertanya/menjawab ialah
23 dan tidak setuju ialah 7. Hal ini kerana terdapat pelajar yang masih pasif
di dalam kelas. Bagi soalan belajar berkumpulan, 16 pelajar setuju dan 14 tidak
setuju. Ini menunjukkan guru perlu lebih berusaha untuk menerapkan pengaran
secara dua hala berkumpulan dalam bilik pembelajaran.
Hasil soal selidik pelajar ini merupakan panduan untuk menambahbaik
strategi pengurusan bilik pembelajaran dan untuk mengetahui keberkesanan cara yang
digunakan mengikut ciri iklim bilik pembelajaran.
Gambar borang soal selidik yang diagihkan kepada pelajar.
Cenderahati yang diberikan kepada pelajar selepas menjawab soalan.



No comments:
Post a Comment