Friday, 26 June 2020

Perbincangan: Objektif 4


PERBINCANGAN 4

Dalam mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran yang berkesan, kajian telah menjelaskan bahawa majoriti pelajar menerima strategi guru mereka di dalam kelas. Untuk melihat keberkesanannya ialah dengan melihat prestasi akademik pelajar di dalam kelas. Jika guru berjaya mengatur, mengurus dan mengelolakan strategi dalam bilik pembelajaran sudah pasti para pelajarnya boleh berjaya. Hal ini demikian, kerana semua kemudahan dan kelengkapan sudah disediakan dan diberi kepada pelajar. Guru yang berkemahiran dalam pembelajaran dan pengajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan dalam pembelajaran dan pengajaran dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Maka, pelajar hanya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa; dan pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Sebagai maklumat tambahan, pendapat ahli kumpulan kami telah dibuat menggunakan kaedah analisis SWOT yang merupakan satu langkah untuk melihat kekuatan (Strength), kelemahan (Weakness), peluang (Opportunity) dan ancaman (Threat) yang timbul sepanjang kami menyiapkan kajian ini.

Bagi kekuatan, kami dapat menjalinkan hubungan yang positif dengan pihak sekolah serta mendapat pengalaman dan pengetahuan yang baru. Kelemahan yang kami hadapi ialah ketidakfahaman muncul apabila berbincang atas talian kerana tidak dapat berbincang secara bersemuka dan kurang berinteraksi kerana terdapat masalah capaian internet. Seterusnya, peluang yang kami peroleh ialah subjek kursus ini telah memberi pendedahan awal pengurusan projek yang melibatkan pihak luar serta kami dapat bekerjasama dan mengeratkan hubungan antara satu sama lain sepanjang menyiapkan blog ini. Ancaman yang kami tempuhi ialah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah menyebabkan aktiviti kami terbatas dan hanya berhubung atas talian.


Rujukan
Ahmad Zabidi Abdul Razak. (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan, 31, 3-19, http://ejournal.ukm.my/jpend/article/view/14749

Halpin, A.W. & Croft D.B. (1963). The organizational climate of school. Chicago: Midwest Administration Center, University of Chicago.


Friday, 10 April 2020

ANALISIS BORANG SOAL SELIDIK


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEipBELNLqXDtj2iI-L13pVzZG4BeXs1xcDy3PJBchcr2ELZWc0fk_BP0s55Of7H88vQaEGr_2BGQKUDn0869PoiDoN38O_WB7eJYedgpwFX8c5IB7HSFXIYOzB3yWsKs8XmaOnOChsdgpjk/s1600/6b75adc445d5fdf83fb04227795b10a9ec586af8-800x416.jpg

Untuk menganalisis keberkesanan strategi guru mengurus bilik pembelajaran dengan kepuasan dan keinginan pelajar kami telah membuat soal selidik terhadap 30 orang pelajar. Soal selidik ini adalah untuk melihat tahap persetujuan pelajar terhadap strategi yang dilakukan untuk memantapkan pengurusan bilik pembelajaran di sekolah. Soal selidik ini dibuat berfokus kepada iklim bilik pembelajaran iaitu ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial. Berdasarkan kajian tersebut, mojoriti pelajar menjawab “Ya” yang bermaksud setuju dengan pernyataan yang diberi. Ini menunjukkan pelajar menerima cara pengurusan bilik pembelajaran yang dilakukan oleh guru mereka.

Berikut menunjukkan jumlah keputusan borang soal selidik pelajar.

NO.
SOALAN
BILANGAN  PELAJAR
JAWAPAN
YA
TIDAK
1
Adakah anda suka susunan meja di bilik darjah.
25
5
2
Adakah anda dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar menggunakan alat bantu mengajar, seperti slide dan video.
27
3
3
Adakah guru anda pernah memberi pujian/hadiah kepada anda.
30
0
4
Adakah suara guru jelas pada waktu pengajaran dan pembelajaran.
30
0
5
Adakah anda pernah bertanya/menjawab soalan di dalam kelas.
23
7
6
Adakah anda suka belajar secara berkumpulan.
16
14


Berdasarkan kajian soal selidik di atas, pelajar setuju dengan strategi pengurusan pembelajaran yang berorientasikan ciri fizikal, ciri emosi dan ciri sosial. Soalan yang berkaitan susunan meja dan alat bantu mengajar merupakan dari aspek fizikal. Ciri emosi pula soalan berkaitan pujian/hadiah dan suara guru. Bagi ciri sosial, soalannya berkaitan pelajar bertanya/menjawab dan belajar secara berkumpulan.

Dari segi susunan meja, seramai 25 pelajar setuju dan 5 pelajar tidak setuju dengan susunan meja pada abad ke-21. Susunan meja ini merupakan salah satu aspek fizikal yang perlu diambil berat oleh guru supaya pelajar dapat belajar dengan selesa. Seterusnya, bagi alat bahan bantu mengajar (ABM) pula majoriti pelajar setuju dan 3 pelajar tidak setuju. Hal ini bermaksud kebanyakan pelajar boleh menumpukan perhatian dan mendapat manfaat daripada ABM dan terdapat pelajar yang memerlukan pendekatan yang lebih daripada guru mereka di dalam kelas.

Merujuk ciri emosi yang berkaitan memberi pujian/hadiah merupakan salah satu cara guru untuk menarik minat pelajar belajar di dalam kelas. Jumlah pelajar setuju adalah semua kerana ini merupakan cara yang paling mudah untuk dilakukan oleh guru. Selain itu, suara guru yang jelas juga dipersetujui oleh semua pelajar dalam kajian ini. Suara guru sudah pastinya jelas semasa di dalam kelas apabila semua pelajar menumpukan perhatian sepenuhnya. Guru mempunyai strategi menggunakan intonasi yang betul supaya kedengaran menarik dan dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar setuju dengan ciri sosial yang berkaitan bertanya/menjawab ialah 23 dan tidak setuju ialah 7. Hal ini kerana terdapat pelajar yang masih pasif di dalam kelas. Bagi soalan belajar berkumpulan, 16 pelajar setuju dan 14 tidak setuju. Ini menunjukkan guru perlu lebih berusaha untuk menerapkan pengaran secara dua hala berkumpulan dalam bilik pembelajaran.

Hasil soal selidik pelajar ini merupakan panduan untuk menambahbaik strategi pengurusan bilik pembelajaran dan untuk mengetahui keberkesanan cara yang digunakan mengikut ciri iklim bilik pembelajaran.

 
Gambar borang soal selidik yang diagihkan kepada pelajar.

 
Cenderahati yang diberikan kepada pelajar selepas menjawab soalan.



Perbincangan: Objektif 4

PERBINCANGAN 4 Dalam mengenalpasti strategi mengurus bilik pembelajaran yang berkesan, kajian telah menjelaskan bahawa majoriti pelaja...